POLIS GEMPUR POT DADAH DI DAERAH TAMPIN

Pada 21 dan 22 Januari 2022, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagaian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Tampin telah menjalankan Ops Tapis Khas dan Ops Sarang bagi menggempur sarang pengihan dadah di sekitar daerah Tampin terutamanya di kawasan Felda.

Pemeriksaan di sekitar Tampin dan Felda Bukit Jalur telah menahan (9) orang penagih dan merampas 4gram dadah jenis Heroin dan 4gram Syabu yang digunakan oleh penagih untuk melepaskan ‘gian’ penagihan dadah.

Serbuan yang dijalankan di Pot Dadah di kawasan Felda Sungai Kelamah, Gemas, Negeri Sembilan telah berjaya menahan seramai (13) orang penagih bersama ‘Tokan’ yang terdiri daripada (12) lelaki dan (1) perempuan berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun. Dadah yang dirampas adalah dadah jenis Heroin seberat 60gram serta dadah jenis Syabu seberat 7gram. Nilai rampasan dadah berjumlah RM3500.00.

Operasi selama 2 hari ini telah berjaya menahan seramai (41) orang dan berat keseluruhan dadah yang dirampas adalah sebanyak 99gram Heroin dan 17gram Syabu. Nilai keseluruhan rampasan dadah berjumlah RM6400.00.

Hasil semakan rekod lampau untuk kesemua tagkapan, seramai (12) orang penagih akan diambil tindakan di bawah Seksyen 39C ADB 1952 memandangkan mempunyai (2) rekod lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Kesemua saspek direman antara empat hingga tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Sumber : FB Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …