JAMBATAN SEMENTARA CB 200 SIAP SEPENUHNYA

   

JELEBU, 20 Januari 2022 – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja (MK RAJD) Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan berjaya menyiapkan jambatan Compact Bailey Single Lane (CB 200) yang menyeberangi Sungai Triang, bagi menggantikan jambatan asal yang runtuh akibat banjir baru-baru ini, semalam.

Jambatan sementara tersebut yang menghubungkan Kampung Bemban dengan Kampung Jerang pada awalnya dijangka siap pada 20 Januari 2022, namun berkat usaha kerjasama yang gigih daripada TDM dan JKR telah berjaya menyiapkannya sehari lebih awal daripada jangkaan yang mana diisytiharkan siap sepenuhnya oleh JKR pada jam 5.00 petang, 19 Januari 2022.

Jambatan sementara tersebut bakal dimanfaatkan oleh penduduk di kawasan terbabit setelah hampir sebulan lebih terputus laluan perhubungan di antara kedua-dua kampung berkenaan.

   

Sumber : FB Tentera Darat Malaysia & Angkatan Tentera Malaysia

Artikel/Berita Terkini

BENGKEL PENGURUSAN PENGOPERASIAN BENCANA NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Pengurusan …

USAHAWAN PEKEDAI AGROBAZAAR

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Onboarding …

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI SAMBUTAN SEMARAK RAMADAN 2026

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JUALAN …