KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS KESELAMATAN NEGARA KE ATAS YAB MENTERI BESAR JOHOR

JOHOR BAHRU, 10 Januari 2022 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YAB Dato’ Haji Hasni bin Haji Mohammad, Menteri Besar Johor bertempat di Pejabat Menteri Besar Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.

Delegasi Majlis Keselamatan Negara tersebut diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Maritim, Kementerian Luar Negeri, Dr. Adlina Kamaruddin. Turut serta ialah Timbalan Ketua Bahagian I, Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Tuan Alfian Yang Amri; Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, Encik Mohammad Zaki Mohd. Ghazali; Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kedaulatan Maritim, Encik Mohd. Helmy Ahmad dan Pengarah Geospatial, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kepten Lukman Hanafiah Azamar Omar. Selain itu turut hadir bersama ialah Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor, En. Mohd Tarmizi bin Dan.

Dalam pertemuan tersebut, selain dapat memperkukuhkan hubungan dan menjalinkan kerjasama strategik, kedua-dua belah pihak dapat bertukar-tukar pandangan dalam hal ehwal keselamatan dan kedaulatan negara.

 

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut