KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) TAMAN MINANG RIA HULU LANGAT SAMPAIKAN BANTUAN BUAT MANGSA BANJIR DI GEMAS, NEGERI SEMBILAN

  

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Program penyampaian bantuan banjir daripada KRT Taman Minang Ria Hulu Langat di Gemas telah dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan kepada Keluarga Malaysia yang terjejas akibat banjir yang melanda.

Selain dari sukarelawan bergotong-royong diadakan juga bantuan barang keperluan di beberapa kawasan yang terjejas. Penyampaian pertama bantuan dibuat di Surau Taman Sg Gemas bagi mangsa banjir yang terjejas di Taman Sungai Gemas dan Kampung Sri Gemas. Seterusnya bantuan telah diedarkan kepada mangsa banjir Kampung Pasir Besar yang diadakan di Balairaya Kampung Pasir Besar.

Turut hadir sama dalam program ini ialah YB Dato’ Abd Razak bin Ab Said ADUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman Penyelaras DUN Gemas, Pengerusi dan wakil KRT Daerah Kecil Gemas, Pegawai-Pegawai JPNIN Tampin/Gemas, Pengerusi Skuad Uniti KRT Daerah Tampin dan Rakan-rakan Pengerusi KRT Daerah Tampin.

Sumber : Laman FB Kementerian Perpaduan Negara

Artikel/Berita Terkini

BRISK WALK: PERLUKAH IKUT BERAT BADAN DAN JARAK?

Berjalan pantas atau brisk walk semakin popular sebagai aktiviti fizikal yang mudah, murah dan sesuai dilakukan oleh kebanyakan orang. Namun, …

PENYUSUAN SUSU IBU: KURANG SUSU ATAU KURANG ILMU?

Minggu Penyusuan Susu Ibu merupakan satu usaha penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kebaikan penyusuan susu ibu. Penyusuan susu ibu …

TIPS KESELAMATAN AKTIVITI MENYELAM

Sebelum turun ‘explore’ keindahan dasar laut, jom semak tips penting daripada Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Agensi Penguatkuasaan Maritim …