MAJLIS PERHIMPUNAN ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

Pulau Pinang, 14 Januari 2021 – Satu Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dilaksanakan pada hari ini. Majlis ini melibatkan seluruh warga kerja penjawat awam yang berkhidmat di negeri ini.

Semasa ucapan, YB Dato’ Dr Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, turut menzahirkan ucapan penghargaan ke atas penjawat awam yang sama-sama berganding bahu dalam melaksanakan arahan semasa tempoh Proklamasi Darurat, bersedia ditukarkan secara sementara dan bertugas sebagai barisan hadapan tanpa mengira penat lelah demi menjalankan tugas.

Serentak itu, Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang (MKNPP) akan terus menjalinkan kerjasama strategik dengan semua Agensi dan Jabatan di Negeri Pulau Pinang. Semoga Tahun 2022 ini akan menjadi tahun baru yang lebih bersinar persis mutiara yang amat sinonim dengan Negeri Pulau Pinang.

#KeluargaMalaysia

Artikel/Berita Terkini

JANGAN CEPAT LABEL ANAK NAKAL (JENIS 2: TIDAK BOLEH DUDUK DIAM)

Ada anak yang sukar duduk diam walaupun hanya beberapa minit. Mereka gemar berlari, memanjat, melompat dan sentiasa bergerak ke sana …

JANGAN CEPAT LABEL ANAK NAKAL (JENIS 1: SUKA BERTANYA TANPA HENTI)

Setiap kanak-kanak mempunyai cara belajar, berfikir dan mengekspresikan diri yang berbeza. Namun, tidak dinafikan ada ibu bapa yang mudah melabel …

MURID TAHUN 2 MAUT, NENEK PARAH TERBABIT KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

Setiu: Seorang murid perempuan Tahun Dua maut manakala neneknya cedera parah selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan …