SAF SOLAT BERJEMAAH DIRAPATKAN SATU METER BAGI NEGERI MELAKA

AYER KEROH 14 Jan – Melaka membenarkan solat Jumaat dan fardhu secara berjemaah di masjid dan surau diadakan mengikut kapasiti bangunan, selain membenarkan pemasangan khemah.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat berkata, selain itu, jarak antara saf juga telah dirapatkan kepada satu meter iaitu berdasarkan ukuran di antara titik tengah tempat sujud sejadah setiap jemaah.

Katanya, kerajaan negeri bersetuju untuk ketetapan baharu bagi pengimarahan masjid dan surau itu dikeluarkan berdasarkan situasi semasa negeri.

Menurutnya lagi, ketetapan itu telah berkuatkuasa semalam sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

“Ketetapan bagi jumlah maksimum jemaah bagi aktiviti solat Jumaat, fardhu dan jenazah di negeri Melaka adalah berdasarkan kapasiti kawasan masjid dan surau dengan penjarakan antara titik tengah tempat sujud sejadah yang bersebelahan ialah satu meter.

“Pemasangan khemah dalam kawasan masjid turut dibenarkan.

“Namun semua jemaah perlulah sentiasa memakai pelitup muka, membawa sejadah saiz standard dan pendaftaran MySejahtera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata selain itu, semua masjid dan surau juga perlulah melakukan disinfeksi sekurang-kurangnya seminggu sekali, selain sentiasa memastikan pengudaraan yang baik.

“Antara aktiviti pengimarahan masjid dan surau yang dibenarkan termasuk pengurusan dan solat jenazah, kelas pengajian seperti kuliah Maghrib dan Subuh serta kelas pengajian Al-Quran.

“Bagi penganjuran majlis, ceramah, program dan kursus turut dibenarkan dengan penceramah hendaklah mempunyai tauliah dari Jabatan Mufti Negeri Melaka manakala penceramah dari luar Melaka hendaklah mempunyai tauliah negeri atau kebenaran khas bertulis daripada jabatan berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu, Che Sukri berkata seluruh jawatankuasa masjid dan surau di negeri ini perlu mematuhi ketetapan baharu itu dan ia boleh ditarik balik sekiranya pentadbiran masjid atau surau gagal mematuhi SOP ditetapkan.

Sumber: Melaka Hari Ini

#MelakaMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia

Artikel/Berita Terkini

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut

DASAR TRANSFORMASI DIGITAL, PELAN NTER DAN NIMP 2030 BANTU PELABUR MELIHAT KEKUATAN YANG ADA PADA MALAYSIA

DASAR TRANSFORMASI DIGITAL, PELAN NTER DAN NIMP 2030 BANTU PELABUR MELIHAT KEKUATAN YANG ADA PADA MALAYSIA Datuk Seri Anwar Ibrahim …
Maklumat Lanjut