MKN PULAU PINANG KOMITED GALAS TANGGUNGJAWAB AMANAT YBHG DATUK KPKN

Cyberjaya, 13 Januari 2021 – Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 Ketua Pengarah Keselamatan Negara (KPKN), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diadakan pada 12 Januari 2022 (Rabu). Majlis yang dihadiri oleh semua warga MKN, JPM diadakan secara hibrid di Dewan Utama, Menara Cyber Axis serta menerusi aplikasi atas talian.

Dalam majlis ini, YBhg Datuk Rodzi Md Saad, KPKN MKN telah berkongsi sedikit sebanyak berkenaan hasrat dan hala tuju MKN, JPM selain cabaran serta landskap keselamatan yang akan dihadapi oleh MKN, JPM pada masa akan datang.

YBrs Pengarah MKN Pulau Pinang bersama warga kerja MKN Pulau Pinang turut berpeluang untuk menyertai Majlis Amanat KP MKN ini. Diharapkan Amanat KP MKN pada tahun ini dapat menjadi pemangkin semangat untuk semua warga MKN bagi mendepani cabaran pada tahun 2022. MKN Pulau Pinang akan sentiasa mendukung Amanat KP MKN yang telah disampaikan .

#KeluargaMalaysia
#ReopeningSafely

Artikel/Berita Terkini

SEMAK TAKWIM JUALAN RAHMAH MADANI (PJRM)

Jangan susah hati. KPDN dah sediakan 3 cara pantas untuk semak takwim PJRM. Selain daripada portal rasmi dan aplikasi mudah …

APA ITU i-KAD?

𝙞-𝗞𝗔𝗗 adalah dokumen penting yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara PL(KS). Kad ini diberikan …

PENGHANTARAN UBAT MELALUI POS SECARA PERCUMA BERMULA 1 OKT 2026

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penghantaran ubat melalui pos secara percuma, …