TIGA KUIL DIBUKA UNTUK PERAYAAN THAIPUSAM DI MELAKA

AYER KEROH 13 Jan – Kerajaan negeri menetapkan hanya tiga kuil dari setiap daerah sahaja dibuka untuk perayaan Thaipusam pada 18 Januari ini.

Exco Perpaduan Ngwe Hee Sem berkata, tiga kuil berkenaan adalah Kuil Sri Subramaniar Devasthanam Batu Berendam (daerah Melaka Tengah), Kuil Dewa Sri Bala Thendayuthabani Simpang Ampat (daerah Alor Gajah) dan Kuil Sri Subramaniar Sri Maha Mariamman Serkam (daerah Jasin).

Menurutnya, kuil berkenaan juga hanya dibenarkan melakukan upacara ‘Paal Koodam’ atau membawa belanga berisi susu sahaja sempena perayaan itu tahun ini.

“Selain itu, kerajaan negeri juga hanya membenarkan kapasiti 50 peratus penganut Hindu hadir ke kuil mengikut kapasiti rumah ibadat itu.”

“Setiap pengunjung yang hadir perlu didaftarkan dan dikenakan penanda (tag) oleh penganjur setelah mendapat kebenaran dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) masing-masing.”

“Setiap upacara yang diadakan hanya dijalankan di dalam kawasan kuil sahaja dengan mematuhi penjarakan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebarang perarakan adalah tidak dibenarkan sama sekali bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan.

Sumber: Melaka Hari Ini

#KeluargaMalaysia #MelakaMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia

Artikel/Berita Terkini

28,531 CALON UPKK 2023 RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG 8A

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang …
Maklumat Lanjut

TIPS PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK SEMASA DI RUMAH

Barangan elektrik tidak dapat dinafikan sangat banyak membantu memudahkan tugasan domestik seharian. Tugasan memasak, mengemas rumah dan mencuci pakaian tidak …
Maklumat Lanjut

LAPAN ANGGOTA FRU DIDAKWA SIMPAN BAHAGIAN BADAN PELANDUK

Lapan anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan bahagian …
Maklumat Lanjut