MESYUARAT PENYELARASAN SAMBUTAN PERAYAAN THAIPUSAM PERINGKAT DAERAH SPS

BATU KAWAN, 14 Januari 2022 – Satu Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Perayaan Thaipusam Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) telah diadakan di Balai Polis Batu Kawan, SPS.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YDH Supt Lee Chong Chern, Ketua Polis Daerah IPD SPS adalah untuk membincangkan penyelarasan SOP semasa sambutan perayaan Thaipusam di Kuil Arulmigu Sri Balathamdayuthapani, Batu Kawan. Lawatan ke kuil juga turut dilakukan dalam memastikan pergerakan hadirin yang hadir semasa perayaan Thaipusam dapat berjalan dengan lancar dan teratur serta mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Perpaduan Negara.

Turut menghadiri mesyuarat penyelarasan tersebut adalah Mejar Jala bin Abdullah dan Encik Suhayl Azmin Aqhari wakil daripada MKN Pulau Pinang, pegawai-pegawai kanan PDRM daripada IPD Jawi, wakil Ketua Balai Polis Batu Kawan dan Sungai Bakap, pegawai daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional SPS serta Pegawai Kesihatan Daerah SPS.

Manakala bagi wakil penduduk setempat, Pengerusi MPKK Kampung Pengkalan, Pengerusi Kariah Kampung Masjid Pengkalan, wakil Kampung Pengkalan serta wakil Kuil Arulmigu Sri Balathandayuthapani, Batu Kawan turut hadir dalam mesyuarat penyelarasan perayaan tersebut.

#KeluargaMalaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …