e-SUKAN UTeM BUKTI PENCAPAIAN TERBAIK UNIVERSITI

DURIAN TUNGGAL 14 Jan – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) buat julung kalinya menganjurkan sukan elektronik (e-sukan) bagi mencungkil bakat baharu dalam kalangan kakitangan dan staf.

Penganjuran sukan itu diadakan menerusi pertandingan Sukan Antara Jabatan Virtual Edition (e-SAJ) dan Kejohanan Virtual Sukan Antara Fakulti (V-SAF) 2021.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTeM yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Prof Dr Ghazali Omar berkata ia merupakan acara sukan julung kali dianjurkan di peringkat universiti semasa sejak pandemik melanda negara.

“Selain memberi peluang kepada staf dan pelajar yang berbakat dalam bidang e-sukan ia juga membawa nama baik fakulti, pusat tanggungjawab yang diwakili dan universiti ke pertandingan peringkat seterusnya dalam bidang e-sukan.

“Di samping itu, program Amalan Hidup Sihat anjuran Pejabat Pendaftar merupakan satu program kesihatan untuk semua warga UTeM khususnya staf dan pelajar demi meningkatkan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah (ESAJ) dan (VSAF) 2021 serta Kempen Amalan Hidup Sihat di Dewan Sukan UTeM, baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi (COO) UTeM, Masdzarif Mahat serta Pengarah Pusat Sukan UTeM, Prof Dr Mohd Sanusi Azmi.

Sumber: Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

FASA PERALIHAN MONSUN

FASA PERALIHAN MONSUN Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah, hal ini susulan permulaan fasa peralihan monsun …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN PERKENAL SKIM INSENTIF SOLARIS GALAK PEMASANGAN SISTEM SOLAR PV DI KEDIAMAN MELALUI PROGRAM NEM

KERAJAAN PERKENAL SKIM INSENTIF SOLARIS GALAK PEMASANGAN SISTEM SOLAR PV DI KEDIAMAN MELALUI PROGRAM NEM Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan …
Maklumat Lanjut

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) NEGERI MELAKA BIL 1/2024

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri …
Maklumat Lanjut