56 KELUARGA YANG TERKESAN DENGAN BANJIR DI KG. PUAH DISANTUNI

Program Sentuhan Kasih MAIWP: Misi Bantuan Banjir (siri 6) hari ini telah menyantuni 56 keluarga yang terlibat dengan musibah banjir di Kg.Puah, KL. Antara bentuk sumbangan yang diberikan ialah bantuan kewangan RM200 bagi setiap keluarga, barangan elektrik (periuk nasi, cerek elektrik dan dapur gas), set barang kebersihan diri (berus gigi, ubat gigi, sabun mandi dan shampoo), keperluan mencuci rumah, (sarung tangan, sabun, penyapu & mop) dan lain-lain keperluan (bantal, selimut, tuala, face mask, pampers, tuala wanita, telekung, kain pelikat, kain batik, toto, tudung sarung & test Covid kit), kit perubatan dan beras.

Tiga buah “Water Jet” juga telah disumbangkan kepada persatuan penduduk untuk dikongsikan bersama penduduk yang ingin menggunakannya. Semoga dengan sumbangan ini dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung dan membantu mereka yang terkesan akibat banjir. Alhamdulillah, program siri 6 ini juga telah mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak yang menyumbang antaranya:

 

  • MAIWP HEALTH CARE SDN BHD
  • KOLEJ UNIVERSITI ANTARABANGSA PICOMS
  • ZAKAT PULAU PINANG (ZPP)
  • LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (LZNK)
  • MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR (MAINJ)
  • MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT MELAYU TERENGGANU
  • MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH (MUIS)
  • TELEKUNG SITI KHADIJAH

Terima kasih kepada pembayar zakat terutamanya yang menjadi penyumbang utama program ini. Kepada individu mahupun syarikat yang ingin berkongsi rezeki bersama asnaf boleh salurkan zakat anda kepada PPZ-MAIWP. Salurkan zakat anda secara atas talian mengikut 6 pilihan saluran seperti di dalam link ini :http://bit.ly/saluranzakat

 

#PPZMAIWP

#MAIWP

#SentuhanKasihMAIWP

#PusatPungutanZakat

#MemudahkanAndaBerzakat

#berdiribersama

SUMBER: FB PUSAT PUNGUTAN ZAKAT https://www.facebook.com/myzakat

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …