Kuala Terengganu, 27 Dis 2021: Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu telah menerima kunjungan hormat dari pihak Malaysia Relief Agency (MRA) Terengganu pada 22 Disember 2021.

Perjumpaan ini adalah bertujuan bagi mengeratkan perhubungan strategik antara kedua pihak dalam usaha membantu mereka yang terjejas dalam bencana alam atau konflik samada dalam atau luar negara. Bantuan ini adalah merupakan satu usaha untuk memastikan kelangsungan hidup mereka yang terjejas selaras dengan Dasar Keselamatan Negara untuk memastikan Malaysia kekal wujud sebagai sebuah negara yang berdaulat, aman dan sejahtera.

Dalam perjumpaan ini juga, turut dibincangkan mengenai bantuan kepada pendatang Rohingya yang berada di Negeri Terengganu. Bantuan perlu disalurkan bagi memastikan kelangungan hidup mereka dan mengelakkan golongan ini dari terjebak dengan aktiviti jenayah serta menggugat ketenteraman penduduk tempatan.

????, ?????? ? ????? ???? ??? ???

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …