MAJLIS MAKAN MALAM PENGHARGAAN KHUSUS BUAT BARISAN HADAPAN NEGERI PULAU PINANG

Relau, 16 Disember 2021 – Satu Majlis Makan Malam telah diadakan di Setia Convention Centre pada malam 15 Disember 2021. Majlis yang diadakan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat adalah bagi menzahirkan penghargaan kepada semua Barisan Hadapan yang terlibat dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19 di Negeri Pulau Pinang.

Menjadi harapan agar majlis ini akan menjadi pemangkin semangat kepada semua pihak Barisan Hadapan sama ada Agensi Kerajaan atau Agensi Bukan Kerajaan dalam memerangi COVID-19.  Kerajaan Negeri turut memberikan sijil penghargaan kepada semua agensi Barisan Hadapan yang hadir antaranya Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Polis DiRaja Malaysia Negeri Pulau Pinang, Angkatan Pertahanan Malaysia Negeri Pulau Pinang, Jabatan Kebajikan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang.

Sehubungan itu juga, kes harian COVID-19 akan terus dipantau dan aktiviti penguatkuasaan SOP akan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Rakyat negeri ini juga diseru untuk mendaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan mendapatkan dos lengkap mahupun dos penggalak dalam usaha melawan COVID-19.

#KeluargaMalaysia

#MKN50

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut