MUZIUM KAPAL SELAM SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN MELAKA

Musim cuti persekolahan amat dinantikan oleh mereka yang ingin berjalan bersama keluarga. Dah alang-alang ke Melaka bolehlah singgah di Muzium Kapal Selam. Harga tiket tak mahal pun, RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak bagi pemegang my-kad.
Kapal selam ini adalah kapal selam FS Ouessant Agosta 70 dan berfungsi sebagai kapal selam latihan krew-krew Kelas Perdana Menteri Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Masuk dalam kapal selam ini, anda dapat merasai sendiri pengalaman berada di dalam kapal selam walaupun diatas darat.
Selain kapal selam, anda juga boleh melihat 2 buah kapal terbang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Cuti sekolah dah bermula, jomlah jalan-jalan ke Melaka. Manfaatkan cuti sekolah anak-anak anda bersama Perbadanan Muzium Melaka Perzim.
?Muzium Kapal Selam, Jalan Klebang Besar, 76400 Tanjung Kling, Melaka, Malaysia
☎️06-333 3333
Sumber: Kerajaan Negeri Melaka

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …