SESI PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN SEMPENA PENUTUPAN PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) DESARU COAST CONFERENCE CENTRE, KOTA TINGGI

KOTA TINGGI, 12 Oktober 2021 – Telah diadakan satu sesi penyampaian sijil penghargaan kepada para petugas Jawatankuasa Induk PPV Desaru Coast Conference Centre yang secara rasmi penutupan operasinya pada 12 Oktober 2021. YBhg. Puan Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi merangkap Pengerusi Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan sesi penyampaian sijil penghargaan tersebut kepada Dr Siti Khadijah binti Ibrahim selaku Ketua PPV; Puan Roslina binti Arbak, Pengarah Desaru Coast; En Fizwan bin Dato’ Haji Muhd Rashidi, YDP Majlis Perbandaran Pengerang yang mewakili sukarelawan Southern Volunteers; En Nurisham bin Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah yang mewakili sukarelawan MyVac serta petugas daripada badan unit berunifom.

Sebagai makluman, PPV tersebut telah memulakan operasi sebagai PPV Awam di daerah Kota Tinggi pada 1 Mac 2021 yang lepas dengan kapasiti harian sebanyak 1500 suntikan kepada penduduk daerah Kota Tinggi. Dengan pengoperasian PPV ini, ianya telah membantu daerah Kota Tinggi mencapai imuniti kelompok dengan peratusan sekarang sebanyak 86.5% populasi penduduk telah lengkap divaksin.

Justeru itu, Jawatankuasa CITF Daerah Kota Tinggi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan Desaru Coast yang memberikan kerjasama baik dalam kelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Daerah Kota Tinggi. Selain itu, ucapan penghargaan dan tahniah juga diberikan kepada para petugas kesihatan, petugas bukan kesihatan, dan petugas sukarelawan yang terdiri daripada Southern Volunteers, RELA serta MyVac yang terlibat sepanjang program tersebut dilaksanakan.

✅ AMALKAN 3W (WASH, WEAR, WARN)
❌ ELAKKAN 3S (SESAK, SEMPIT, SEMBANG DEKAT)

 

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

CAKNA MEDIA SOSIAL DI KALANGAN KANAK-KANAK: MENJANA KESEDARAN DAN KESELAMATAN

Media sosial telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan harian kita, mempengaruhi bagaimana kita berhubung, berinteraksi, dan menerima maklumat. Namun, kesan …
Maklumat Lanjut

PAHANG CADANG WUJUDKAN ZON INDUSTRI DI SEMUA DAERAH

Bera: Kerajaan Negeri Pahang bercadang mewujudkan zon perindustrian di semua daerah di negeri ini bagi menarik kemasukan pelabur asing ke …
Maklumat Lanjut

PELARASAN TARIF AIR BANTU KUKUHKAN SISTEM BEKALAN AIR

Kuala Lumpur: Pelaksanaan pelarasan kadar tarif air bagi kategori domestik sejak 1 Februari lepas penting bagi menambah baik dan meningkatkan …
Maklumat Lanjut