LAWATAN PEMANTAUAN SOP PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) FASA 2 DI SEKITAR PEKAN TAIPING

TAIPING,11 Oktober 2021-Lawatan Pemantauan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 telah dijalankan di sekitar pekan Taiping pagi ini. Operasi berkala ini menyasarkan kepada pematuhan orang awam serta pemilik premis dalam mematuhi SOP yang sedang berkuatkuasa dan pendidikan kesihatan berkenaan pengamalan Norma Baharu.

Lanjutan daripada kebenaran merentas negeri yang diumumkan semalam oleh YAB Perdana Menteri setelah Malaysia mencapai kadar vaksinasi 90%, masyarakat dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga di mana sahaja anda berada terutamanya bagi mereka yang pulang ke kampung halaman atau ke destinasi pelancongan yang dituju.

Amalkankan Test, Report, Inform, Isolate & Seek (TRIIS) sepanjang kelonggaran ini digunakan. Terima kasih dan syabas Keluarga Malaysia.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …