TAKLIMAT PEMATUHAN SOP PUSAT MAKLUMAT RAKYAT@KOMUNITI DAERAH MELAKA TENGAH

AYER KEROH, 9 Oktober – Berdasarkan kepada Kenyataan Media YAB Perdana Menteri pada 29 September 2021, negeri Melaka akan beralih ke Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 berkuat kuasa pada 1 Oktober 2021. Justeru, Taklimat berkaitan Pematuhan SOP PPN Fasa 3 dan Persediaan Masyarakat Dalam Menjalani Kehidupan Menuju ke Arah Endemik telah disampaikan oleh Tuan Mohd Nasrul bin Menhat, Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka. Taklimat disampaikan kepada Ketua/Wakil Komuniti Bukan Melayu dan NGO Daerah Melaka Tengah. Kumpulan sasar ini dipilih sebagai salah satu rakan strategik dan  berperanan sebagai medium penyaluran maklumat di peringkat lapangan.

Taklimat anjuran Pejabat Penerangan Daerah Melaka ini mendapat kerjasama yang positif dalam kalangan jemputan dan mereka menyambut baik dengan keputusan Kerajaan mengenai kebenaran rentas negeri dan penganjuran Majlis Sosial yang akan diumumkan dalam masa terdekat.  Seramai 20 orang jemputan telah hadir bagi sesi taklimat tersebut dengan pematuhan SOP yang ketat oleh pihak penganjur. Turut hadir, Puan Nor Hasnani binti Abd. Wahab, Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka, Puan Salwati binti Md. Zam, Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah dan Encik R. Ganes Rethanam, Pengerusi Gabungan Persatuan India – India (GAPPIN) negeri Melaka.

 

#MKNMelaka

#MelakapatuhSOP

Artikel/Berita Terkini

ESSCOM REKOD TINDAKAN, RAMPASAN RM407,644 DI BELURAN

RAMPASAN: Antara barang rampasan yang diperoleh dalam operasi berkenaan. BELURAN: Operasi Bersepadu Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) selama dua hari …

VESEL NELAYAN FILIPINA BERSAMA 65 KRU DITAHAN CEROBOH PERAIRAN NEGARA

RAMPAS: Kapal nelayan asing yang ditahan selepas disyaki menjalankan aktiviti penangkapan ikan tanpa kebenaran di perairan negara. KOTA KINABALU: Agensi …

LIMA INDIVIDU BERDEPAN 23 PERTUDUHAN BERKAITAN PROJEK PPRT

PROSIDING: Tertuduh diiring keluar selepas menjalani prosiding di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu. KOTA KINABALU: Lima individu berdepan keseluruhan 23 …