PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN REMAJA (PICK REMAJA) DAERAH JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU, 30 September 2021 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor (MKN Negeri Johor) telah berkesempatan membuat tinjauan ke PPV SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru yang merupakan salah satu lokasi bagi Program PICK Remaja di Daerah Johor Bahru. PPV SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru merupakan PPV yang beroperasi untuk PICK REMAJA yang telah dilancarkan untuk remaja berusia 12 hingga 17 tahun. PPV ini beroperasi untuk memberi vaksin kepada semua murid SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru yang dianggarkan seramai 859 orang.

Terima kasih diucapkan kepada barisan pengurusan sekolah SIGS yang telah bertungkus lumus menjayakan PICK REMAJA ini berjalan lancar. Terima kasih juga diucapkan kepada barisan PIBG yang telah turut membantu melancarkan perjalanan PICK REMAJA. Setinggi penghargaan juga kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru dan semua yang terlibat yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di PPV SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

Ayuh rakyat Johor. Patuhi temujanji yang telah diberikan. Ke arah perluasan vaksinasi yang lebih tinggi! Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

Sumber gambar: MKN Negeri Johor

#MKN50
#MKNJohor
#KeepJohorSafe
#KitaMestiMenang
#KenaliPPVJohor
#LindungDiriLindungSemua

Artikel/Berita Terkini

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …