OPERASI BERSEPADU PEMATUHAN SOP DI PELBAGAI PREMIS PERNIAGAAN DI NEGERI JOHOR

JOHOR, 30 September 2021 – Dalam memastikan rakyat senantiasa mematuhi SOP dan mengamalkan norma baharu, Operasi Bersepadu Pematuhan SOP oleh pelbagai agensi yang diketuai oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor di Pelbagai Premis Perniagaan telah dijalankan di beberapa daerah seperti Daerah Johor Bahru, Muar, Tangkak, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Pengerang pada 27 dan 28 September 2021. Pelbagai premis perniagaan yang terlibat dalam operasi tersebut termasuk kilang, tapak bina dan hotel. Tidak memakai pelitup muka, tidak mengimbas suhu, tidak mengimbas MySejahtera, keluar dari kuarantin, majikan gagal melakukan sanitasi premis dan gagal mematuhi kapasiti 60% pekerja di tempat kerja adalah antara kesalahan dan pelanggaran SOP yang ditemui semasa Operasi Bersepadu Pematuhan SOP tersebut. Tindakan selanjutnya telah diambil di atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan.

Pesanan untuk semua. Teruskan kawalan kendiri. Sentiasa amalkan 3W (wash, wear dan warn) dan elakkan 3S (tempat sempit, tempat sesak dan sembang dekat). Ingat, kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Johor

#MKN50
#MKNJohor
#KeepJohorSafe
#KitaMestiMenang
#LindungDiriLindungSemua

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …