UNIT DRON PDRM BANTU PANTAU PEMATUHAN SOP

UNIT DRON PDRM BANTU PANTAU PEMATUHAN SOP DI KAWASAN ‘HOTSPOT’ KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

Kuala Lumpur, 21 September 2021 – Bermula 16 September lalu, Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara (PGU), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman turut terlibat dalam pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di beberapa lokasi tumpuan (hotspot) sekitar Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Antara lokasi tersebut termasuk taman-taman awam yang jelas dilihat pertambahan luar biasa jumlah pengunjung susulan kelonggaran Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan 10 September lepas.

Pemantauan udara yang dilakukan oleh Unit Dron di Tugu Negara dan Taman Tasik Perdana pada Ahad lalu telah diketuai oleh Pegawai Operasi/Risikan Unit Dron, Inspektor Abu Bakar Ismail bersama Koperal Fauziee Awang, sebagai bantuan kepada pasukan pemantau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Penggunaan dron dalam pemantauan yang dikendalikan mampu bertahan selama 30 minit hingga satu jam dan boleh diterbangkan dalam radius lima hingga lapan kilometer.

Selain itu, ia turut memiliki teknologi merakam gambar dan membuat hebahan dalam tiga bahasa iaitu, Bahasa Melayu, Tamil serta Mandarin.

Dron berkenaan juga berupaya menghantar maklumat kepada pasukan pemantau sekiranya ia mengesan pengunjung yang tidak mematuhi SOP di lapangan, sebelum pemantauan secara fizikal dilakukan.

Sementara itu, Sarjan Azreen Shah Alias dan Lans Koperal Mohd Fakhruddin John Muda dari Unit Dron membantu pasukan pemantau dari IPD Putrajaya hari ini bagi melakukan pemantauan udara di kawasan taman-taman awam sekitarnya.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Jurugambar: Koperal Rafsamjani Shamsul Kahar, Lans Koperal Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Mohd Shazril Rashid.

SUMBER: FB POLIS DIRAJA MALAYSIA (ROYAL MALAYSIA POLICE)  https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/

Artikel/Berita Terkini

28,531 CALON UPKK 2023 RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG 8A

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang …
Maklumat Lanjut

TIPS PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK SEMASA DI RUMAH

Barangan elektrik tidak dapat dinafikan sangat banyak membantu memudahkan tugasan domestik seharian. Tugasan memasak, mengemas rumah dan mencuci pakaian tidak …
Maklumat Lanjut

LAPAN ANGGOTA FRU DIDAKWA SIMPAN BAHAGIAN BADAN PELANDUK

Lapan anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan bahagian …
Maklumat Lanjut