KEBUN BANDAR DITAMBAH BAIK

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan menyalurkan peruntukan bagi menambah baik program kebun bandar di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, peruntukan itu adalah untuk menambah baik infrastruktur sedia ada supaya dapat meningkatkan lagi hasil kebun tersebut. Apa yang telah dibuat cukup baik. Memandangkan kawasan yang ada adalah kecil, saya cadangkan supaya ia dibuat secara bertingkat. Mungkin kita akan tambah para tiga tingkat dan saya akan memberikan peruntukan untuk mereka gunakan tanah ini sepenuhnya. Contohnya, pokok terung, di kebun ini ada kira-kira 1,200 batang pokok dan jika pakai kaedah bertingkat, kita akan dapat 3,600 pokok,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat tiga kebun bandar di Perumahan Awam Seri Perlis, Kebun Komuniti Sungai Bunus dan Kebun Bandar Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri. Hadir sama, Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah.

Mengenai kawasan-kawasan yang pernah dimajukan sebagai kebun bandar tetapi ia kemudian ditinggalkan, Shahidan berkata, tindakan lanjut akan diambil untuk memperbaiki kawasan berkenaan.

“Saya akan mengadakan lawatan dengan Datuk Bandar, kita akan perbaiki dan memajukan lagi kawasan itu. Bagi saya, yang baik itu perlu diteruskan dan mesti ada penambah baikkan untuk memberi manfaat kepada warga kota,” katanya. -WILAYAHKU

SUMBER: WILAYAHKU https://www.wilayahku.com.my/

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …