YB Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan meluangkan masa meninjau sendiri keadaan Kuala Lumpur di waktu malam dan melihat kehidupan malam warga Kuala Lumpur. YB Menteri turut menyantuni gelandangan di kawasan sekitar Kuala Lumpur. Kawasan yang menjadi tumpuan gelandangan kini berkurangan dengan inisiatif dan transformasi menerusi Program Hijrah Warrior di Anjung Kelana, Taman Desa.
Turut mengiringi Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Datuk Seri Hj. Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
SUMBER: FB KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/KemWP