PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP DI ENAM LOKALITI PKDP PULAU PANGKOR

PULAU PANGKOR, 18 Ogos 2021- Lawatan Pemantauan Pematuhan SOP telah dilaksanakan di enam (6) lokaliti PKPD yang bermula pada 8 Ogos 2021 dan di sekitar pekan Pangkor. PKPD di lokaliti ini telah melibatkan hampir 780 buah rumah meliputi 2255 orang penduduk .

Pemantauan secara sinergi ini telah melibatkan beberapa agensi seperti Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, Polis Diraja Malaysia bersama Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak.

Hasil pemantauan mendapati kesemua penduduk memberikan kerjasama yang baik dalam memastikan pematuhan SOP terus dilaksanakan. Kebanyakan premis perniagaan juga turut ditutup lanjutan daripada penularan dalam komuniti ini.

Khidmat nasihat turut diberikan kepada penduduk di kawasan sekitar agar kekal berada di kediaman masing-masing serta kawalan berkala daripada pihak berkuasa juga turut dilaksanakan dalam meminimakan penularan wabak COVID-19.

Orang awam digesa untuk terus mematuhi SOP yang sedang berkuatkuasa serta mengamalkan norma baharu dan kawalan kendiri.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …