JOHOR BAHRU, 20 Ogos 2021 – YAB Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor telah meluangkan masa mengadakan tinjauan ke pusat vaksinasi bergerak menerusi Program Imunisasi Outreach Vaksinasi COVID-19 di Dewanraya Kampung Sungai Melayu, Gelang Patah. Sebuah bas yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah dijadikan pusat vaksinasi bagi melancarkan proses pemberian suntikan. Kira-kira 500 orang telah menerima vaksin dos pertama menerusi program tersebut yang bermula jam 9 pagi.
Turut hadir, Datuk Bandar MBIP, YB Dato’ Haji Mohd. Haffiz Ahmad; Pegawai Daerah Johor Bahru, YB Dato’ Haji Abdul Rahman Salleh; Ahli Majlis MBIP Kota Iskandar dan Ketua Kampung Sungai Melayu, Encik Suzaidi Ibrahim.
Semoga usaha dan inisiatif sebegini dapat meningkatkan lagi tahap capaian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada kumpulan sasarr sekaligus #ImunitiKelompok dapat dibentuk dengan segera. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang
Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor