PROGRAM VAKSINASI BERGERAK MAIWP PRIHATIN

Selepas seharian berada di Program Vaksinasi Bergerak MAIWP Prihatin, Petugas pegawai perubatan dan sukarelawan meneruskan tanggungjawab turun ke lapangan untuk menyempurnakan tugas dengan memberi vaksin kepada golongan yang tidak mampu bergerak ke pusat pemberian vaksin.

 

Penerima pertama Puan Hue Tiam Hee, 97 tahun yang terlantar di katil kerana sakit tua, kediamannya hanya cuma beberapa meter dari tempat pemberian vaksin juga turut dikunjungi oleh pasukan petugas pemberian vaksin .

 

Pasukan petugas meneruskan kunjungan ke kediaman Puan Fatimah Ismail 71 tahun yang diserang strok dan anaknya Mohd Azlan bin Ismail 36 tahun, yang menghidapi penyakit Hydrocephalus (size kepala besar) untuk diberikan vaksin.

Jelas lah bahawa program ini sangat mendekati rakyat, bukan sahaja asnaf malah kepada semua lapisan masyarakat yang tidak mengenal bangsa, agama dan warna kulit. Vaksin untuk semua.

 

SUMBER: FB MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/maiwphq

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …