PASUKAN ‘GREATER KLANG VALLEY TASK FORCE’ MULA BEROPERASI

Pasukan ‘Greater Klang Valley Task Force’ (GKV TF) Tentera Darat Malaysia (TDM), yang ditubuhkan sebagai pasukan sokongan kepada ‘Greater Klang Valley Special Task Force’ (GKV STF), memulakan operasi dan penugasan mereka, pada 8 Ogos 2021.

 

Seramai kira-kira 1,000 anggota TDM diaturgerakkan di dalam pasukan GKV TF ini. Pasukan berkenaan beroperasi dari tiga lokasi ‘Forward Operation Base’ (FOB) iaitu di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang; Kem Wardieburn, Setapak; dan Kem Sungai Buloh, Sungai Buloh.

 

Dari keseluruhan jumlah tersebut, seramai 750 anggota akan melaksanakan tiga tugasan utama sebagai ‘Oxygen Carrier Team’ (OSCAR), ‘Rapid Resupply Team’ (RRT) dan ‘Body Management Team’ (BMT). Pasukan OSCAR ditugaskan di MAEPS, bagi membantu penyeliaan dan pengurusan tangki-tangki oksigen.

 

Sementara itu, pasukan RRT dan BMT pula, selain ditempatkan di MAEPS, mereka juga ditugaskan di tujuh buah hospital COVID-19 di Lembah Klang. Pasukan RRT berfungsi untuk memastikan urusan bekalan tangki oksigen berjalan dengan lancar, manakala pasukan BMT akan melaksanakan fungsi pengurusan jenazah.

 

Baki seramai 250 anggota pelaksana yang lain pula diletakkan sebagai pasukan sokongan dan bantuan logistik kepada pasukan tugasan utama ini.

 

 

 

#StaySafe

#KitaJagaKita

SUMBER :TENTERA DARAT MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …