MERSING, 7 Ogos 2021 – Pihak Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor (MKN Negeri Johor) telah berkesempatan menghadiri Program Pemberian Vaksin PPV Bergerak di Mukim Pulau Daerah Mersing. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abd Latif bin Haji Ahmad, Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Mersing. Turut mengiringi beliau adalah Yang Berhormat Tuan Vidyananthan A/L Ramanadhan, Pengerusi, Jawatankuasa Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri Johor, Yang Berhormat Tuan Raven Kumar A/L Krishnasamy, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor, Kawasan Tenggaroh, Yang Berhormat Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Yang Setia Dato’ Haji Yahya bin Haji Madis, Pengarah BOMBA Negeri Johor, dan Encik Muhammad Shahril Azizi B. Abd Gapar, Pentadbir Tanah Mersing.
Seramai 69 petugas dari pelbagai agensi telah diamanahkan untuk membantu proses pemberian vaksin ini. Program ini melibatkan Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulau Besar, Pulau Tinggi dan Pulau Sibu. PPVB sebegini adalah bertujuan untuk menyediakan akses yang lebih luas kepada masyarakat luar bandar untuk mendapatkan vaksin, terutamanya bagi mereka yang masih belum mendaftar untuk vaksinasi di bawah PICK atau pun belum menerima tarikh temujanji melalui aplikasi MySejahtera. Sebanyak 649 penduduk pulau telah berjaya menerima vaksin.
MKN ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para petugas yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di Mukim. Pulau Daerah Mersing. Ayuh rakyat Johor. Marilah mendaftar bagi mendapatkan vaksin bagi yang belum mendaftar. Ke arah #ImunitiKelompok dengan segera! Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang
Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor
Sumber gambar:
MKN Negeri Johor
Pejabat Daerah Mersing






