JOHOR BAHRU, 8 Ogos 2021 – Seramai dua pegawai dan 33 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD) mengambil alih tugas Kawalan Keselamatan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Persada Johor International Convention Centre pada 3 Ogos 2021.
Terdahulu Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja (6 RRD) telah diatur gerak oleh Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (MK 7 Bgd) sebagai elemen keselamatan serta crowd control sepanjang program berlangsung.
Program vaksinasi di bawah inisiatif Kerajaan Negeri Johor ini disasarkan kepada semua rakyat Johor dengan kapasiti sasaran sebanyak 6,000 penerima vaksin setiap hari.
Perlaksanaan Kawalan Keselamatan PPV ini selaras dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam.
Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor
Oleh: Lt Muhammad Qamarull Abd Wahid
Gambar: LKpl Muhammad As’Asraffih Mohd Al’As
Sumber: Berita Tentera Darat Malaysia