CITF PULAU PINANG: KOMITMEN BERTERUSAN SEMUA AGENSI AMAT DIHARGAI

GEORGE TOWN, 21 Julai 2021 – Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Peringkat Negeri Pulau Pinang Bil. 15/2021 telah diadakan pada hari ini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Negeri Pulau Pinang, Dato’ Abdul Razak bin Jaafar ini membincangkan perkara-perkara penting dalam usaha mencapai setiap perancangan CITF Negeri.

Antara perkara yang dibincangkan menerusi mesyuarat kali ini adalah berkenaan kes-kes positif harian yang dilaporkan masih tinggi di Negeri Pulau Pinang iaitu melebihi nilai ambang purata tujuh (7) hari bagi Fasa 2 (217 kes). Selain itu, turut menjadi tumpuan mesyuarat adalah berkaitan inisiatif Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak atau PPV Mobile memandangkan ianya merupakan salah satu usaha dalam memastikan masyarakat luar bandar yang mungkin menghadapi kesulitan untuk bergerak ke PPV mendapatkan suntikan vaksin secepat mungkin.

YB Dato’ Pengerusi turut menzahirkan penghargaan kepada semua agensi atas komitmen berterusan dalam memastikan setiap perancangan CITF Negeri dilaksanakan dengan berkesan.

#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …