SARINGAN KOMUNITI TAMAN KUALA PERMAI, KUALA LINGGI

KUALA LINGGI – Japerun DUN Kuala Linggi dengan kerjasama JPKK Taman Kuala Permai dan Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah telah mengadakan saringan khusus kepada penduduk Taman Kuala Permai, Kuala Linggi. Inisiatif saringan ini dilakukan berikutan berlaku peningkatan kes positif COVID-19 sehingga mewujudkan Kluster Kuala Permai di kawasan tersebut. Sehingga 15 Julai 2021, kes positif COVID-19 bagi Kluster Kuala Permai adalah seramai 46 orang. Punca penularan adalah sporadik dan menular dalam kalangan ahli keluarga dan komuniti. Saringan komuniti ini melibatkan seramai 1580 penduduk Taman Kuala Permai, Kuala Linggi. Turut hadir, ADUN Kuala Linggi, YB Datuk Wira AR. Ismail bin Othman.

Sumber: FB YB ADUN Kuala Linggi

#staysafe #stayhome #MenangBersama

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …