7 BGD LAKSANA PROGRAM SUNTIKAN VAKSIN SECARA PANDU LALU

JOHOR, 17 Julai 2021 – Seramai 1,350 penerima vaksin terdiri daripada ahli keluarga dan kakitangan awam di bawah naungan Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd) terlibat dalam Program Suntikan Vaksin secara Pandu Lalu pada 17 hingga 18 Jul 2021.Β Program dilaksanakan bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan melibatkan lima saluran laluan kenderaan berserta lima stesen suntikan membabitkan seramai 60 petugas.

Pelaksanaan program ini merupakan satu alternatif yang berupaya mempercepat proses pemberian vaksin berbanding pemberian suntikan secara statik, sekali gus berupaya mencapai imuniti kelompok dalam kalangan warga tentera dan keluarga dalam tempoh lebih cepat. Program ini sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga yang menitikberatkan peningkatan kemudahan kesihatan kepada warga TD.

– Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut