PROGRAM MOBILISASI VAKSIN KOMUNITI (MOVAK) MENDAPAT PERHATIAN KETUA MENTERI MELAKA

Kuala Linggi – YAB Ketua Menteri Melaka telah melakukan tinjauan ke Pusat Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) Peringkat Negeri Melaka di Dewan Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) DUN Kuala Linggi.
Inisiatif anjuran Kerajaan Negeri Melaka dan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Melaka (JPNIN) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini bertujuan menyasarkan pemberian vaksin kepada komuniti secara mobile atau outreach (static) bagi memudahkan masyarakat mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Sebagai permulaan, program dimulakan kepada orang ramai DUN Kuala Linggi, sebelum diperluaskan ke kawasan lain di Negeri Melaka.
Beliau sempat meninjau prosedur pendaftaran di Pusat Mobilisasi Vaksin Komuniti ini dengan jumlah pendaftaran yang cukup memberangsangkan. Dalam kenyataan bersama pihak media, beliau amat berpuas hati dengan prosedur dijalankan bagi mendapatkan suntikan vaksinasi COVID-19, selain dibawa melihat kenderaan sukarelawan MOVAK yang menawarkan pengangkutan percuma kepada penerima vaksin.
Terima kasih dan syabas kepada semua petugas frontliners serta sukarelawan yang merealisasikan pusat MOVAK ini!
Sumber: FB Ketua Menteri Melaka
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut