PENGOPERASIAN PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) PLEXUS MANUFACTURING SDN BHD, DAERAH BARAT DAYA

GEORGETOWN, 15 Julai 2021 – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Plexus Manufacturing Sdn Bhd yang merupakan salah satu PPV lapangan di bawah Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) Pulau Pinang telah mula beroperasi pada 14 Julai 2021 (Rabu). Seramai 1,500 orang pekerja telah divaksin pada hari pertama pengoperasian pusat vaksin ini.

PPV Industri ini merupakan insiatif oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang mensasarkan golongan pekerja industri pembuatan melalui PIKAS. Selain Plexus Manufacturing Sdn Bhd, dua lagi PPV lapangan yang turut beroperasi melibatkan syarikat multinasional Intel Technology Sdn Bhd dan Jabil Circuits Sdn Bhd di Bayan Lepas. 

#MKN50

#MenangBersama

#LindungDiriLindungSemua

                 

 

Artikel/Berita Terkini

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …