IOW JAPEN WPKL @ PKPD JALAN KUBUR, PANTAI DALAM

 

#InfoOnWheels oleh Jabatan Penerangan WPKL sekitar Kawasan PKPD Jalan Kubur, Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada 4 Julai 2021.

 

MAIWP dengan kerjasama PPZ-MAIWP dan pihak Istana Negara telah menyerahkan bantuan barangan keperluan asas kepada penduduk di kawasan PKPD Jalan Kubur, Pantai Dalam, di sini.

 

Penyerahan sumbangan disampaikan oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP kepada Datuk Ramlan Askolani, Penasihat Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Parlimen Lembah Pantai.

 

Turut disertai oleh wakil dari pihak Istana Negara, Brig. Jen. Dato’ Mohamed Zahari Dato’ Haji Yahya yang menyerahkan sumbangan peribadi DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong untuk diagihkan kepada penduduk yang terjejas.

 

Fokus penyampaian maklumat :

  • Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 26 Jun hingga 9 Julai 2021
  • Nasihat kesihatan KKM
  • Edaran bantuan makanan
  • Penjadualan semula tarikh vaksinasi COVID-19
  • Talian kecemasan

 

 

 

 

 

 

#JalanKuburPantaiDalam

#PerintahKawalanPergerakanDiperketatkan

#EnhancedMovementControlOrder

#PKPD

#EMCO

#KitaJagaKita

#KitaMestiMenang

#MenangBersama

#NormaBaharu

 

Sumber: FB Jabatan Penerangan WPKL https://www.facebook.com/JabatanPeneranganWPKL

 

Artikel/Berita Terkini

JANGAN TERUS KONGSI: SEMAK DAHULU, BARU PERCAYA

JANGAN TERUS KONGSI: SEMAK DAHULU, BARU PERCAYA Pengenalan Dalam era digital, maklumat boleh tersebar dengan pantas melalui media sosial dan …

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …