MENCEGAH COVID-19 LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT

 

Sejak kebelakangan ini, peningkatan kes COVID-19 yang drastik amatlah membimbangkan. Penularan kes sporadik di dalam komuniti turut meningkat. Jangkitan COVID boleh memberikan implikasi serta kesan buruk kepada kualiti kehidupan anda.

 

Pelbagai inisiatif telah dijalankan agar pelbagai lapisan masyarat sedar akan kepentingan mengelakkan jangkitan COVID-19. Sesungguhnya mencegah lebih baik dari merawat. Kita sebagai rakyat Malaysia harus memikul tanggungjawab ini untuk memutuskan rantaian COVID-19.

 

Long COVID ataupun Post Covid Syndrome merupakan suatu keadaan di mana bekas pesakit COVID-19 masih mempunyai simptom yang berpanjangan akibat jangkitan COVID-19. Menurut rujukan antarabangsa, NICE Guideline menyatakan pesakit yang telah mendapat jangkitan COVID-19 berkemungkinan untuk kekal mempunyai beberapa simptom dalam tempoh 12 minggu atau lebih.

 

Walaupun pesakit telah sembuh dari jangkitan COVID-19, namun pesakit berkemungkinan mengalami simptom yang berpanjangan seperti sakit badan serta lesu. Malah, ada juga pesakit yang berasa lemah ingatan dan kurang daya tumpu. Ada juga pesakit yang masih mengalami kesukaran bernafas serta tidak dapat melakukan aktiviti yang biasa dilakukan sebelum mendapat jangkitan COVID-19.

 

Jika anda mengalami gejala selepas jangkitan COVID-19, dinasihatkan untuk pergi ke klinik atau hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan. Maka, dinasihatkan agar masyarakat untuk kekal berada di rumah melainkan ada keperluan mendesak. Amalkan 3 W iaitu kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer, memakai pelitup muka yang disarankan dan mengamalkan penjarakan fizikal. Elakkan sembang dekat, elakkan pergi ke tempat yang sesak dan sempit.

 

Daftar segera bagi mendapatkan vaksinasi COVID-19 dan pastikan anda hadir mengikut temujanji yang ditetapkan. Pembentukan imuniti kelompok adalah sangat penting bagi melindungi diri kita sendiri, keluarga juga negara.

 

Andalah frontliners negara!

 

Elakkan daripada mendapatkan jangkitan COVID-19.

Prevention is better than cure.

Patuhi segala SOP dan amalkan Perintah Kawalan Pergerakan Kendiri.

 

Sumber: CPRC Perkhidmatan Hospital, Program PerubatanΒ  https://www.facebook.com/ProgramPerubatanKKM

 

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut