MUAR, 22 Jun 2021 – Dewan Serbaguna Pagoh telah dipilih sebagai salah satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk penduduk daerah Muar.
Pada hari ini, seramai 500 orang termasuk 38 orang dari masyarakat orang asli, telah menerima suntikan vaksin di PPV Dewan Serbaguna Pagoh.
YAB Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya ke PPV Dewan Serbaguna Pagoh, telah meluangkan masa dan beramah mesra dengan penerima suntikan vaksin. Ketua Polis Negeri Johor, ADUN Bukit Kepong dan Pegawai Daerah Muar turut serta dalam lawatan kerja tersebut.
YAB Perdana Menteri mengucapkan terimakasih kepada para petugas yang telah bekerja keras bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di daerah Muar.
Bagi yang belum mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin, bolehlah segera mendaftar supaya hasrat kerajaan untuk mencapai #ImunitiKelompok dapat dijayakan dengan segera.
Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor






