PENDAFTARAN VAKSIN ZON MUKIM MACHAP DAN SIMPANG RENGGAM, KLUANG, JOHOR

SIMPANG RENGGAM, 22 Jun 2021 – Bertempat di Jalan Besar Kampung Machap, Simpang Renggam, Johor, telah dibuka kaunter pendaftaran vaksin bagi penduduk Zon Mukim Machap dan Simpang Renggam.

Usaha ini adalah kerjasama di antara Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor (MKN Negeri Johor) dan Southern Volunteers Simpang Renggam dan mendapat sokongan penuh Pejabat Daerah Kluang, Majlis Daerah Simpang Renggam, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kluang, Jabatan Penerangan Daerah Kluang dan Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung.

Sepanjang tempuh kaunter pendaftaran dibuka bermula jam 9.30 pagi sehingga 5.00 petang, seramai 498 orang telah berjaya didaftarkan. Bagi memastikan Negeri Johor dapat mencapai #ImunitiKelompok dengan segera, usaha sebegini perlu dilakukan secara berterusan.

Teruskan mendaftar bagi yang belum mendaftar di aplikasi MySejahtera dan di laman web www.vaksincovid.gov.my

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Sumber gambar: Tim Pematuhan MKN Negeri Johor

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …