PEMERIKSAAN PENGUATKUASAAN SEKTOR PEMBINAAN DIBAWAH AKTA 342 DI DAERAH SEREMBAN

 

       

Bertindak atas aduan awam, satu pemeriksaan telah dijalankan oleh MKN Negeri Sembilan bersama CIDB Negeri Sembilan bertempat di sebuah tapak pembinaan di Nilai. Hasil pemeriksaan ini, satu (1) arahan penutupan tapak secara serta-merta telah dikenakan ke atas syarikat yang menjalankan skop kerja yang bercanggah dengan kebenaran MITI, tiada kelulusan pembangunan penginapan pekerja di tapak bina dari JTK/PBT dan gagal mematuhi kapasiti 60% pekerja seperti yang ditetapkan didalam SOP AM PKP Fasa Pertama.

Pemeriksaan seumpama ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan SOP PKP Fasa Pertama yang berkuatkuasa sentiasa dipatuhi dan semua pihak bertanggung jawab memainkan peranan utk membendung, mengawal serta mencegah penularan wabak pandemik Covid-19 di Negeri ini.

              

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …