KLUANG, 21 Jun 2021 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah berkesempatan untuk membuat tinjauan ke lima (5) lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di daerah Kluang iaitu:
• SJR 1 (PKP) : Plaza Tol Simpang Renggam.
• SJR 2 (PKP) : Plaza Tol Machap.
• SJR 3 (PKP) : KM 95 Jalan Batu Pahat / Mersing.
• SJR 4 (OP BENTENG) : KM 66, Jln Kota Tinggi-Kluang.
• SJR 5 (PKP) : KM 37 Jalan Kluang-Teck Wah Heng.
Tinjauan ini telah diketuai oleh Ketua Polis Daerah Kluang, YDH ACP Low Hang Seng. Program sebegini bertujuan untuk meninjau dengan lebih dekat penugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta agensi-agensi yang terlibat di setiap SJR OP Covid-19 dan Op Benteng yang terdapat di daerah Kluang. MKN Negeri Johor juga mengambil peluang ini untuk menyantuni dan memberikan sumbangan berupa set makanan kepada setiap petugas di SJR yang dilawati sebagai tanda terima kasih atas usaha para petugas dalam memastikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Kluang sentiasa dipatuhi.
Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan.
Teruskan kawalan kendiri dan patuhi SOP yang ditetapkan. Amalkan 3W (wash, wear dan warn) serta elakkan 3S (tempat sesak, tempat sempit dan sembang dekat). Ingat, kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang
Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor
Sumber gambar: MKN Negeri Johor







