TINJAUAN KE PPV KLINIK KESIHATAN FELDA TENGGAROH, MERSING, JOHOR

MERSING, 21 Jun 2021 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah berkesempatan membuat tinjauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Felda Tenggaroh 2, Mersing. PPV ini beroperasi untuk memberi vaksin kepada penduduk di daerah Mersing dan sekitarnya dengan kapasiti seramai 100 hingga 150 orang penerima vaksin sehari. PPV ini hanya beroperasi selama setengah hari memandangkan Klinik Kesihatan ini masih menjalankan operasi klinik seperti biasa di sebelah pagi atau di sebelah petang. Seramai 120 orang dijangka akan menerima vaksin di PPV Klinik Kesihatan Felda Tenggaroh 2, Mersing pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua para petugas yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di daerah Mersing.

Semoga usaha dan inisiatif sebegini dapat diteruskan bagi memastikan #ImunitiKelompok akan segera tercapai sekaligus mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada semua rakyat Malaysia. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Sumber gambar: MKN Negeri Johor

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …