TINJAUAN MKN JOHOR KE PPV MOBIL DAERAH MUAR DENGAN KERJASAMA INSTITUT JANTUNG NEGARA (IJN) DI KG. ORANG ASLI SENTOSA, LENGA, PAGOH

MUAR, 20 Jun 2021 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah berkesempatan membuat tinjauan ke PPV Mobil Daerah Muar di Kampung Orang Asli Sentosa, Lenga. Program ini merupakan sebahagian dari program ‘outreach’ Pejabat Kesihatan Daerah Muar dan Institut Jantung Negara (IJN) kepada penduduk luar bandar.

Program ‘outreach’ ini juga turut disokong oleh Pejabat Daerah Muar dengan turut serta menyediakan PPV Mobile (Unit Bergerak) selain sebuah van IJN bagi membantu melancarkan proses pemberian vaksin. Seramai 15 orang petugas kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan IJN serta 10 orang sukarelawan turut serta dalam pengoperasian PPV Mobil Daerah Muar. Seramai 126 orang penerima vaksin masyarakat orang asli yang berumur 18 tahun ke atas telah hadir dan menerima vaksin.

Sumbangan berupa beras dan barang keperluan harian turut disumbangkan oleh Pegawai Daerah dan ADUN Bukit Kepong kepada masyarakat orang asli yang telah menerima suntikan vaksin sebagai insentif dan motivasi kepada penduduk lain.

Turut hadir bersama ialah Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar, YB Dato’ Dr. Haji Sahruddin bin Haji Jamal, Adun Bukit Kepong, En. Mohd Badri bin Ismail, Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan En. Abd. Zaidi bin Ibrahim, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Muar/Tangkak.

Semoga usaha dan inisiatif sebegini dapat diteruskan bagi memastikan #ImunitiKelompok akan segera tercapai sekaligus mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada semua rakyat Malaysia. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor  https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pihak KPDN …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut