TINJAUAN MKN JOHOR KE PPV INSTITUT JANTUNG NEGARA (IJN) MOBIL DI SMK FELCRA BUKIT KEPONG, PAGOH

MUAR, 20 Jun 2021 – Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah berkesempatan membuat tinjauan ke PPV IJN Mobil di SMK Felcra Bukit Kepong, Pagoh yang beroperasi bermula 19 Jun hingga 21 Jun 2021. PPV IJN Mobil merupakan PPV IJN Mobil yang pertama terdapat di Malaysia dan Negeri Johor merupakan destinasi pertama PPV IJN Mobil ini sebelum bergerak ke negeri-negeri lain.

Seramai 37 orang petugas kesihatan IJN yang terdiri daripada Doktor Pakar, Jururawat dan Pegawai Sokongan Kesihatan turut serta dalam pengoperasian PPV IJN Mobil yang menyasarkan seramai 1,500 orang penerima vaksin warga emas dan OKU di kawasan Bukit Kepong dan sekitarnya.

Sebanyak 1 unit bas dan 1 unit treler yang dilengkapi dua (2) ruang vaksinasi dan satu (1) ruang ICU ditempatkan di PPV IJN Mobil di SMK Felcra Bukit Kepong, Pagoh. Seramai 554 orang telah menerima vaksin di PPV IJN Mobil pada hari ini.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Daerah Muar, Pejabat Kesihatan Daerah Muar, APM, RELA, Southern Volunteers dan Warga SMK Felcra Bukit Kepong.

Terima kasih diucapkan kepada semua para petugas yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di daerah Muar.

Semoga usaha dan inisiatif sebegini dapat diteruskan bagi memastikan #ImunitiKelompok akan segera tercapai sekaligus mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada semua rakyat Malaysia. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

   

Artikel/Berita Terkini

28,531 CALON UPKK 2023 RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG 8A

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang …
Maklumat Lanjut

TIPS PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK SEMASA DI RUMAH

Barangan elektrik tidak dapat dinafikan sangat banyak membantu memudahkan tugasan domestik seharian. Tugasan memasak, mengemas rumah dan mencuci pakaian tidak …
Maklumat Lanjut

LAPAN ANGGOTA FRU DIDAKWA SIMPAN BAHAGIAN BADAN PELANDUK

Lapan anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan bahagian …
Maklumat Lanjut