PKPD ASRAMA PEKERJA WARGA ASING DAN KAWASAN KILANG WAH CENS PLASTIC INDUSTRIES & RAINBOW METAL SDN BHD, BULOH KASAP, SEGAMAT, JOHOR

SEGAMAT, 18 Jun 2021 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  melaporkan berlaku peningkatan kes apabila sebanyak 52 kes positif telah dikesan setelah 488 individu disaring dengan kadar positiviti 10.7% di Asrama Pekerja Warga Asing dan Kawasan Kilang Wah Cens Plastic Industries & Rainbow Metal Sdn Bhd, Buloh Kasap, Segamat, Johor.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Asrama Pekerja Warga Asing dan Kawasan Kilang Wah Cens Plastic Industries & Rainbow Metal Sdn Bhd, Buloh Kasap, Segamat Johor berkuat kuasa 19 Jun sehingga 2 Julai 2021.

Pihak PDRM telah memulakan kawalan keselamatan di dalam kawasan berkenaan dengan memasang pagar keselamatan bagi mengawal pergerakan pekerja asing dan tempatan. Tindakan ini boleh membantu pihak KKM untuk menjalankan saringan kesihatan dan mengasingkan pekerja yang positif dari dijangkiti ke kawasan yang lain.

Ini adalah situasi semasa PKPD di Asrama Pekerja Warga Asing dan Kawasan Kilang Wah Cens Plastic Industries & Rainbow Metal Sdn Bhd, Buloh Kasap, Segamat Johor.

 

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

Sumber gambar: Ibupejabat Polis Daerah Segamat & Agensi Penguatkuasaan di PKPD Wah Cens Plastic Industries dan Rainbow Metal Sdn. Bhd., Buloh Kasap, Segamat.

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …