PENGHANTARAN BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN KE LABUAN

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menghantar bantuan barangan makanan dan keperluan ke Labuan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di negeri itu. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa telah melaksanakan tinjauan barangan makanan dan keperluan yang dihantar ke Wilayah Persekutuan Labuan di Depo Tentera Udara Diraja Malaysia pada 17 Jun 2021.

“Seperti mana yang diketahui, Labuan memerlukan stok bekalan makanan terutama sekali di lapan lokaliti yang telah diarahkan untuk PKPD. Bantuan tersebut akan melibatkan hampir 14,000 keluarga di Labuan dan kita perlu menghantar sekurang-kurangnya sekali seminggu barangan keperluan tersebut. Bantuan sebanyak 120 tan bekalan makanan seperti minyak, gula dan beras serta keperluan perlindungan (PPE) akan dibantu dan dihantar secara berperingkat ke Labuan dengan kerjasama anggota TUDM bermula 17 Jun 2021″.

Sumber berita: Wilayahku

Sumber gambar: https://www.facebook.com/AnnuarMusa

 

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …