OPS PENGUATKUASAAN DI TAPAK BINA

KUALA LUMPUR, 16 JUN 2021 – Satu Operasi penguatkuasaan di tapak bina oleh CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama agensi kerajaan yang berkaitan dalam pematuhan SOP Tapak Bina sewaktu PKP 3.0 telah dilakukan di sebuah Tapak Bina di dalam bandaraya Kuala Lumpur.

Β Semakan ke atas tapak bina mendapati:

Tapak bina tersebut telah mendapat kebenaran untuk meneruskan operasi daripada MITI. Walaubagaimanapun, tapak bina ini didapati tidak mematuhi S.O.P yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Undang-Undang lain yang berkaitan.

Antara kesalahan yang dikesan:

  1. Tiada sijil perakuan penginapan daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) / Surat kelulusan permit sementara rumah pekerja daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  2. Tapak bina tersebut didapati beroperasi melebihi kapasiti 60% jumlah pekerja di tapak bina.

Tindakan:

  1. Notis N3B/2015 (Menghentikan kerja pembinaan)
  2. Notis N2/2015 (Mendapatkan maklumat projek)
  3. Menarik semula surat kebenaran untuk meneruskan operasi daripada MITI
  4. Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mengeluarkan Notis tawaran kompaun RM10,000.00 bagi kesalahan di bawah Akta 342

Ketahui berita-berita pembinaan di Telegram rasmi CIDB Malaysia https://t.me/cidbmy atau hubungi hotline CIDB di 03-5567 3300 untuk sebarang pertanyaan atau laporan yang meragukan di kawasan tapak bina.

 

Sekiranya mendapati ada diantara tapak bina yang beroperasi dengan mencurigakan, maklumat boleh disalurkan ke pautan berikut: https://www.cidb.gov.my/ms/e-bantuan

Sumber:Β https://www.facebook.com/CIDBOfficial/

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut