OPERASI BERSEPADU DI PASAR PAGI KEPONG BARU

KUALA LUMPUR, 16 JUN 2021 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM)  telah melaksanakan Operasi Bersepadu pada jam 8:00 pagi hingga selesai di Pasar Pagi Kepong Baru bagi memastikan pematuhan SOP oleh para pengunjung dan pengusaha.

 

PDRM telah dianggotai seramai 22 pegawai dan anggota manakala DBKL disertai seramai 41 orang petugas. Operasi tertumpu kepada pemantauan dan perlaksanaan tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga-peniaga yang telah melanggar SOP PKP 3.0 berikutan aduan awam dan memperketatkan perlaksanaan SOP ke atas pengunjung-pengunjung di sekitar premis tersebut.

 

Dalam operasi berkenaan 9 lelaki warganegara Myanmar dan 2 lelaki China telah ditahan oleh pihak PDRM. Pihak PDRM telah mengeluarkan (7) Notis Kompaun di bawah Akta 342 Peraturan-Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat-Tempat Jangkitan).

Manakala di pihak DBKL, pelbagai notis telah dikeluarkan iaitu :

19 Notis Kompaun Atas Kesalahan :-

(5) UUK 3(1) UUK Pelesenan Pasar (WPKL) 2018;

(7) Sek 46 (1)(D) Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974;

(5) UUK 43(1) UUK Pelesenan Pasar (WPKL) 2018; dan

(2) UUK (1)(b) UUK Perlesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (WPKL) 2018.

Manakala (1) Notis Tutup Premis Dikeluarkan di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Satu Sitaan terhadap Bukan Warganegara (BW) Di Atas Kesalahan UUK 3(1) UUK Pelesenan Pasar (WPKL) 2018 melibatkan:

Penimbang (10kg) – 1 Unit

Daun Bawang – 1 Plastik Besar

Halia – 1 Plastik Kecil

Keladi – 4 Biji

Peria – 3 Biji

Timun Air – 3 Biji

Tray Hitam – 1 Unit

Bakul – 1 Buah.

Pemantauan terhadap pematuhan SOP terutama di tempat tumpuan awam ini dilaksanakan oleh DBKL dan agensi sahabat akan dilaksanakan secara berterusan.

Orang awam diingatkan untuk terus kekal mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

 

 

 

#klbandarku

#KLbandaruntuksemua

Sumber: https://www.facebook.com/dbkl2u

 

Artikel/Berita Terkini

‘SETIAP SEN DISALUR AMANAH DARIPADA RAKYAT’ – AMINUDDIN

Pengerusi dan seluruh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) diingatkan supaya berintegriti dalam pengurusan dana kerajaan. Menteri Besar Negeri Sembilan, …
Maklumat Lanjut

KPDN NEGERI SEMBILAN GEMPUR 25 PREMIS JUALAN LANGSUNG

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan telah menjalankan pemeriksaan terhadap 25 premis jualan langsung menerusi …
Maklumat Lanjut

BIARKAN PROSES UNDANG-UNDANG BERJALAN: HAJIJI

HAJIJI KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya isu membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berdepan pertuduhan rasuah kepada …
Maklumat Lanjut