OPERASI PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP PKP 3.0 DI KILANG-KILANG DAN PASAR RAYA KAWASAN SIMPANG RENGGAM, JOHOR

KLUANG, 16 Jun 2021 – Satu Operasi Bersepadu Pematuhan SOP PKP 3.0 di kawasan kilang-kilang dan pasar raya di kawasan Simpang Renggam, Kluang telah dijalankan bagi memberi tumpuan kepada pematuhan SOP bagi industri tersebut.

Operasi Bersepadu tersebut dilaksanakan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Balai Polis Simpang Renggam, Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor.

Secara keseluruhannya, pematuhan SOP di kilang-kilang yang diperiksa dan dipantau adalah baik dan mengikuti arahan semasa yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Kilang dan premis perniagaan yang dipantau dan diperiksa telah menggunakan aplikasi MySejahtera dan pengimbas suhu dan kehadiran pekerja adalah kurang dari 60% seperti yang telah ditetapkan. Para pekerja dan pengurusan kilang dilihat mematuhi SOP semasa yang berkuatkuasa. Walau bagaimanapun kilang yang didapati melakukan kesalahan perlanggaran SOP telah diambil tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa.

Semoga usaha dan operasi bersepadu seperti ini dapat meningkatkan lagi pematuhan orang ramai terhadap SOP semasa yang berkuat kuasa.Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kejayaan operasi bersepadu ini.

Teruskan kawalan kendiri. Sentiasa amalkan 3W (wash, wear dan warn) dan elakkan 3S (tempat sempit, tempat sesak dan sembang dekat). Ingat, kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Sumber gambar: Tim Pematuhan MKN Negeri Johor

 
 

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut