TINJAUAN KE PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) DEWAN JUBLI INTAN SULTAN IBRAHIM, KOTA TINGGI, JOHOR

KOTA TINGGI, 16 Jun 2021 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah berkesempatan membuat tinjauan ke PPV Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi. PPV ini beroperasi untuk memberi vaksin kepada penduduk di Daerah Kota Tinggi dan sekitarnya dengan kapasiti seramai 800 – 1200 orang penerima vaksin sehari. Seramai 596 orang dijangka akan menerima vaksin di PPV Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua para petugas yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di Daerah Kota Tinggi.

Diharapkan usaha dan kerjasama semua pihak ini akan mempercepatkan lagi proses pemberian vaksin kepada semua rakyat Malaysia sekaligus imuniti kelompok dapat dibentuk dengan lebih cepat. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

   

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …