OPERASI PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP PKP 3.0 DI KILANG-KILANG DAN PASAR RAYA KAWASAN ISKANDAR PUTERI, JOHOR BAHRU, JOHOR

JOHOR BAHRU, 15 Jun 2021 – Satu Operasi Bersepadu Pematuhan SOP PKP 3.0 telah dijalankan di kawasan kilang-kilang dan pasar raya di kawasan Iskandar Puteri, Johor Bahru. Operasi pematuhan ini tertumpu kepada pematuhan SOP yang dijalankan oleh industri perkilangan di kawasan perindustrian dan aktiviti di pasaraya sekitar Gelang Patah, Iskandar Puteri. Antara lokasi operasi adalah di Transpak Worlwide Sdn Bhd, Matterhorn Technologies Sdn Bhd, dan Pasaraya EJ Save Mart.

Operasi Bersepadu tersebut dilaksanakan bersama pegawai, anggota dan penguatkuasa daripada         Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Balai Polis Gelang Patah dan                   Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor.

Secara keseluruhannya, pematuhan SOP di kilang-kilang yang diperiksa dan dipantau adalah baik dan mengikuti arahan semasa yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Kilang-kilang yang dipantau dan diperiksa telah menggunakan aplikasi MySejahtera dan pengimbas suhu dan kehadiran pekerja adalah kurang dari 60% seperti yang telah ditetapkan. Para pekerja dan pengurusan kilang dilihat mematuhi SOP semasa yang berkuatkuasa. Walau bagaimanapun kilang yang didapati melakukan kesalahan perlanggaran SOP telah diambil tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa.

Semoga usaha dan operasi bersepadu seperti ini dapat meningkatkan lagi pematuhan orang ramai terhadap SOP semasa yang berkuat kuasa.Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kejayaan operasi bersepadu ini. Teruskan kawalan kendiri. Sentiasa amalkan 3W (wash, wear dan warn) dan elakkan 3S (tempat sempit, tempat sesak dan sembang dekat). Ingat, kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor  https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

Sumber gambar: Tim Pematuhan MKN Negeri Johor & MBIP

Artikel/Berita Terkini

APAKAH AKAUN 3 KWSP (AKAUN FLEKSIBEL)

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA CAP DAGANGAN 2019

RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras …
Maklumat Lanjut

SISA TEKSTIL TAK TERKAWAL ANCAM TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Tapak pelupusan sampah di seluruh negara bakal berdepan masalah kritikal sekiranya pembuangan sisa tekstil yang mengambil masa 200 tahun untuk …
Maklumat Lanjut