PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP PKP 3.0 PADA 12 JUN 2021

Satu pemantauan telah dilaksanakan di beberapa lokasi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan barang keperluan dan beberapa premis yang beroperasi di dalam bangunan Pasaraya NSK Trade City Peel Road, Jalan Peel dan AEON Style Taman Maluri (Supermarket) untuk memastikan tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pergerakan (PKP) dilaksanakan mengikut sepertimana yang telah digariskan oleh Kerajaan. Tinjauan pada kali ini tertumpu kepada operasi premis mengikut kelulusan pengoperasian yang ditetapkan di dalam SOP PKP 3.0 dan tahap pematuhan pengunjung/pelanggan yang hadir ke premis berkenaan.

Rata-rata pengunjung/pelanggan yang hadir ke premis-premis ini juga dilihat kurang menunjukkan tahap ketidakpatuhan SOP yang telah ditetapkan. Namun begitu, terdapat juga beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh pihak pengurusan premis serta pekerja-pekerja yang bekerja di dalam bangunan premis berkenaan.

Pasaraya NSK Trade City Peel Road, Jalan Peel

Pihak pengurusan premis seharusnya mengamalkan kaedah pengawalan kepada jumlah pengunjung yang berada di dalam premis terutama di kawasan-kawasan tumpuan seperti kawasan barangan keperluan harian. Ianya bertujuan untuk mengelakkan kesesakan di kawasan-kawasan tersebut daripada berlaku. Tim juga telah berbincang dengan pihak pengurusan premis bagi pihak pengurusan tersebut mengkoordinasikan perkara berkenaan.

Terdapat segelintir kecil pelanggan yang mengunjungi premis ini tidak mengenakan pelitup muka dengan betul iaitu hanya memakai pelitup di bawah dagu. Keadaan ini merupakan suatu situasi yang membimbangkan di mana berlakunya segelintir individu yang tidak mematuhi SOP dan ketidakpekaan pihak pengurusan premis dalam memastikan setiap pengunjung/ pelanggan untuk mematuhi setiap SOP yang ditetapkan.

Kurangnya kesedaran segelintir individu tentang kepentingan penjarakkan fizikal juga di lihat berlaku di luar premis iaitu semasa proses untuk pendaftaran masuk dan juga di dalam premis iaitu di bahagian keperluan barangan harian. Terdapat segelintir kecil pekerja yang bekerja di dalam premis ini yang masih mengamalkan sikap sambil lewa terhadap SOP yang telah ditetapkan semasa membenarkan pelanggan masuk ke dalam premis. Pemilik premis haruslah memastikan setiap pelanggan yang ingin memasuki premis telah mengemaskini profil MySejahtera bagi memastikan kurang risiko terhadap penularan jangkitan virus COVID-19.

 

 

AEON Style Taman Maluri (Supermarket)

Semasa tinjauan dilaksanakan didapati aktiviti perniagaan di pusat beli belah AEON Style Taman Maluri (Supermarket) beroperasi seperti mana yang telah ditetapkan di dalam SOP PKP 3.0 sedia ada. Rata-rata pengunjung hadir membeli belah, pekedai-pekedai serta para petugas AEON yang beroperasi disini dilihat mematuhi SOP yang telah digariskan.

Terdapat 3 pintu masuk ke Supermarket yang melibatkan tempat jualan barangan keperluan harian dan pihak AEON telah memastikan bahawa setiap pintu masuk dijaga sekurangnya seorang pegawai keselamatan dan disediakan kelengkapan wajib (MySejahtera/ Buku Daftar pengunjung, Hand Sanitizer dan alat pengukur suhu) bagi kegunaan setiap pengunjung yang ingin memasuki premis.

Pemerhatian lanjut mendapati semua penyewa unit kedai atau KIOSK di dalam bangunan AEON turut mematuhi SOP dengan penyediaan kelengkapan wajib (MySejahtera/ Buku Daftar pengunjung, Hand Sanitizer dan alat pengukur suhu).

Dalam pemerhatian, para pengunjung mematuhi SOP terutama sentiasa memakai pelitup muka dengan betul. Pihak AEON turut menyediakan tanda-tanda penjarakkan serta tali pemisah masuk / keluar di ruang pembayaran yang pada masa yang sama memberi peringatan terhadap penjagaan SOP serta pencegahan penularan.

Pihak pengurusan pusat beli belah ini boleh berinisiatif dengan membuat pemantauan, rondaan serta pengumuman ingatan kepada pengunjung/pelanggan mereka bagi memastikan setiap SOP dipatuhi. Individu yang bekerja di premis-premis ini   juga perlu bersama-sama bertanggungjawab untuk mematuhi setiap SOP yang digariskan dan sentiasa mengingatkan pengunjung/pelanggan berhubung pematuhan SOP sedia ada

 

 

Pemantauan secara berkala perlu dilaksanakan oleh tim task force operasi pematuhan bagi melihat tahap pematuhan serta reaksi pengunjung, peniaga dan pekerja semasa perlaksanaan PKP di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berlangsung.

#KitaJagaKita

#StaySafe

Artikel/Berita Terkini

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) NEGERI MELAKA BIL 1/2024

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri …
Maklumat Lanjut

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK BERSAMA AGENSI KESELAMATAN (REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH) NEGERI MELAKA

Bukit Beruang, 28 Mac – Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka, Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan turun padang bagi …
Maklumat Lanjut

OPS PENGARAH MAC 2024

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengadakan Ops Pengarah yang mensasarkan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya …
Maklumat Lanjut